News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label Family Jokes. Show all posts
Showing posts with label Family Jokes. Show all posts

Kisah Si Isteri Di Malam Pertama

Penulis : Unknown on Monday, April 9, 2012 | 12:44 AM

Monday, April 9, 2012

Kisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan sendiri. Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya. Kemudian berkatalah orang tuanya Sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri, carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.

Hatta sebulan mencari bertemulah dia dengan seorang jejaka yang sopan santun tapi ke ORIGINALannya belum lagi diketahui. Setelah selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama.

Pada malam pertama si suami memakai kondom kononnya untuk merancang keluarga. Keesokan harinya. Si isteri pun memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul ORIGINAL.

Kemudian orang tuanya pun bertanya:
"Macam mana engkau tahu laki engkau tu ORIGINAL?"
comments | | Read More...

Pembahagian Harta Pusaka

Penulis : Unknown on Tuesday, February 7, 2012 | 4:13 AM

Tuesday, February 7, 2012

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
comments | | Read More...

Kisah 3 orang sahabat

Penulis : Unknown on Friday, June 17, 2011 | 8:21 AM

Friday, June 17, 2011

Pada satu zaman dahulu kala, ada 3 orang sahabat baik. Mereka selalu berkepit kemana saja. Tapi ketiga-tiga mereka mempunyai kegemaran berlainan. Si A suka main segala jenis dadah, si B pula suka minum segala jenis arak dan manakala si C pula suka segala jenis rokok dan benda-benda yang berasap.
Satu hari ketiga-tiga sahabat ini berjalan-jalan ditengah-tengah padang pasir. Tiba-tiba ketiga-tiga mereka terjumpa dengan sebuah cerek (macam cerita Aladdin).

Lalu salah seorang mengutipnya lalu menggosok-gosok cerek tersebut. Tak semena-mena keluar asap berkepul -kepul dari corong cerek tersebut dan asap tersebut perlahan bertukar menjadi satu makluk yang menggerunkan iaitu seekor Jin yang ganas.

Lalu jin tersebut ketawa dan berkata "Ha ha ha, Akulah jin aferit. Oleh kerana kamu telah membebaskan aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan setiap satu dari kamu." Tiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung berfikirkan peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin sekali seumur hidup. Lalu tiap-tiap mereka memilih kemahuan mengikut kegemaran masing-masing.
comments | | Read More...

Cerpen Terbaru Oleh Isteri Hakem

Ina! Oh, Ina.......!


" abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.
Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak.

Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.
Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

comments | | Read More...

Kisah pemotong kayu yang jujur

Penulis : Unknown on Wednesday, June 15, 2011 | 7:52 AM

Wednesday, June 15, 2011

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger