Pada suatu harisepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalananmenuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untukmelawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuhlagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perakkatakan. Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhentimelepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteripulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelahberehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.
Lebihkurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteriteringat sesuatu lalu berkata, Isteri: Abahnya, cermin mata sayatertinggal kat tempat makan tadi!! Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkanbetul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing baliklagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala,baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.
Sisuami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisukerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugakuntuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membarakena leter. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba ?tiba sisuami memanggilnya semula.
Suami : Nak pergi mana?
Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!
Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!
Isteri : @#%$*!?>/&$(%#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>
Suami Yang Pening
Penulis : Unknown on Friday, September 4, 2009 | 7:49 AM
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Cerita Lawak,
Funny,
Jokes,
Lawak Jenaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)