News Update :
Home » , , , » (Lawak) Pantun Gila2 !!!

(Lawak) Pantun Gila2 !!!

Penulis : Zaisuhaila Ishak on Sunday, October 11, 2009 | 6:42 AM

ya...berjumpa kita lagi dalam rancangan berbalas pantun.ok kali ini 2 lagi sekolah akan bertanding utk menunjukkan power masing2.
Tanpa berlengah lagi,saya memperkenalkan kumpulan yg berada di kanan saya iaitu dari sekolah SKTFB(sekolah kanak2 tak faham bahasa
dan di sebelah kiri saya pula dari SKTFS(sekolah kanak2 tak faham soalan).Tepuk tangaaaaaannn!!!

ok round pertama,SKTFS akan menjual pantunnya kepada SKTFB.Silakan peserta pertama.

peserta pertama SKTFS:"Dengar ye...
kura-kura dalam perahu
pisang emas di bawa belayar
bolehkah saya ingin tahu
kenapa kura2 dalam perahu?

Jawapan dari peserta SKTFB:"dengar ye jawapan saya....Sudah gaharu cendana pula
Masak pisang di atas peti
Dengarlah ini jawapan saya
Perahu itu sapa yg beli?

ye...itu dia jawapan yg sungguh tepat dari peserta pertama kita.peserta kedua boleh jual pantunnya

peserta kedua SKTFS:Gunung daik bercabang tiga
Buah cempedak di luar pagar
Pada tuan saya ingin bertanya
Kenapa gunung daik bercabang tiga?

Jawapan dari SKTFB:"Buai lajulah laju
Sampai pohon sena
meh ler dengar jawapanku
rumah awak ada buah cempedak ke?

nampaknya jawapan makin memberansangkan dari peserta2 tak faham bahasa.Berikan tepukan gemuruh.ok peserta terakhir boleh menjual pantunnya.

peserta ketiga SKTFS:"ambil galah tolong jolokkan
paku dulang paku serpih
saya di sini inginkan jawapan
kenapa dulang ada paku?

jawapan dari peserta SKTFB:"KAlau ada jarum yg patah
jangan di simpan dalam peti
kenapa awak nak ambil galah
semua pokok belum berbuah lagi!

ye...itu dia peserta hebat kita.Ok round pertama sudah habis.Masuklah round kedua iaitu round terakhir.Kali ini peserta dari SKTFB menjual pantunnya

peserta pertama SKTFB:"Burung terkukur hinggap di pokok
burung merpati hinggap di kepala
kepada saudara saya ingin bertanya
kat rumah awak ada bela burung tak?

Jawapan dari peserta SKTFS:"anak kucing mengiau manja
mengiau manja tandanya lapar
Dengarlah ini jawapan dari saya
semalam saya baru beli selipar

ye..begitulah jawapan yg diberikan.nampaknya permainan semakin sengit.Ok tiba giliran peserta kedua

Peserta kedua SKTFB:"Air tenang jangan tak disangka
Ada naga duduk berendam
saya ni teringinlah nak tahu
nenek awak sapa nama?

jawapan peserta SKTFS:"duduk menyimpuh si ibu tua
menunggu anak tak pulang2
kepada saudara yg tlh bertanya
saya tak suka kucing belang

tepuk tangan!tepuk tangan...ok giliran perserta terakhir menjual pantunnya

peserta ketiga SKTFB:"anak pak kadak rajin membaca
anak pak kaduk rajin berdengkur
dengarlah ini saya punya soalan
lauk apa jadi kesukaan awak?

jawapan peserta SKTFS:"sila dengar...Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Saya beri jawapan pada awak
Saya tak suka tengok cerita hindustan

ye..begitulah tadi acara berbalas pantun dari 2 buah sekolah yg sebenarnya tak diundang.
Baiklah keputusan sudah ada di tangan saya.Maka dgn ini pemenang acara berbalas pantun peringkat sekolah pondok telah
dimenangi oleh....eh saya ke?..haah lah saya menang...yeeeeh.....ye pemenangnya adalah saya sebabgai pengacara terbaik
acara berpantun yeehhh....ambil hadiah sendiri!
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger