Salam semua...
Tahukah anda!!
"Sebenarnya cara menjawab telefon yang kita amalkan adalah salah dan kebanyakannya adalah sama. Tidak terfikirkah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kita akan cuba untuk menukarkan jawapannya (taklah korang boring sangat kalau jadi operator).
1. Soalan: Heloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maaf. Sini bukan balai polis.
2. Soalan: Heloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. Saya disini, manalah saya tau sapa kat sane..
3. Soalan: Heloo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap, cakap jelah. Buat ape tanye saya.
4. Soalan: Heloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maaf cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan:Heloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: Heloo timah, buat ape tu?
Jawapan: Kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: Maaf. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye. .. Time kasih.
8. Soalan: Heloo, tolong panggilkan Samad. Saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maaf
9. Soalan: Helloo......
Jawapan: Heloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?
10. Soalan: Heloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: Maaf. Ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: Heloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betullah tu.
12. Soalan: Assalammualaikum. ..
Jawapan: Waalaikummussalam. .(Tupp!.. Terus letak tepon. Salam kite wajib jawab)
***Selamat Mencuba!!
Home »
Cerita Lawak
,
Cerita Malaysia
,
Jokes
,
Lawak Kerja
» [ Story ] Cara Menjawab Telefon Dengan Betul
[ Story ] Cara Menjawab Telefon Dengan Betul
Penulis : Unknown on Friday, September 17, 2010 | 9:58 PM
Related posts:
- Funny Shopping At Supermarket Today
- Gary the Stormtroopers Jokes Video
- [ Story ] Cara Menjawab Telefon Dengan Betul
- Kisah Dua Sahabat Dan Awek Cun
- Kisah Mee Bandung Dan Lisa
- Kisah Lawak Pasangan Baru Berkahwin Mengikut Petua
- Kisah Suami Dan Isteri Dan Harta Mereka
- [ Cerita Lawak ] Kisah Monyet Dan Sang Gajah
- [ Cerita Lawak ] Pemancing Indonesia Dan Botol Terapung
- [ Cerita Lawak ] Kisah Kaki Pancing Tegar
- [ Cerita Lawak ] Ladang Lembu Dan Lembu Jantan
- Pakcik Mancing Ikan Apa
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Cerita Lawak,
Cerita Malaysia,
Jokes,
Lawak Kerja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)