[STORY] Tugas untuk anda layak jadi ahli kelab..
Masa zaman sekolah berasrama banyak kelab haram dimana kalau jadi ahli budak sekolah akan respek atau sekurang2nya takut.. Tapi nak join selalunya kena ragging hingga ada yang meragut nyawa jadi Presiden sebuah kelab haram menukar cara ragging dengan membuat tugasan untuk menguji keberanian dan kesetiaan. Antara tugasan untuk
1)jadi ahli biasa.
Tempah tiket wayang di tempat yang jauh dan masuk lambat sedikit dari AJK. Kemudian salam jabat tangan dengan sebanyak orang yang boleh di dalam panggung wayang itu sampai la di tempat duduk baru duduk..
2) jadi ahli yang mahu jadi AJK tahun depan
Pergi cari tempat budak perempuan selalu balik sekolah dan buat sama ada pergi ke seorang budak perempuan
a) mula menyanyi lagu hindustan kepadanya
atau b) buat lakonan dengan skrip yang mirip ni "Sudahlah janganlah tunggu aku lagi bukankah aku dah cakap aku dah
berpunya. Tiada guna engkau tunggu aku".
3) Untuk AJK yang Ahli Majlis tertinggi
Cari tugasan yang gila - gila misalnya
a) pergi ke 7 Eleven dan tanya kepada penjual perempuan tentang kondom. Buat macam budak bodoh dan tanya ni apa? Macam mana pakai? Kenapa nak pakai? Bila nak pakai?
b) masuk surau dan jadi dj radio bacakan ucapan dan nyanyi lagu raya... |