Assalamualaikum....
Baiklah, pelajar sekalian...(kemaruk nak jadik lecturer)..hari ini,saya nak mengajar anda semua perihal dan jenis-jenis karakter manusia berdasarkan kajian oleh diri saya sendiri...huhhuhuhuhu....
Okaylah, hari ni aku nak klasifikasikan jenis2 lelaki (pompuan pon boleh jugak) berdasarkan analogi yang aku cipta sendirik berdasarkan sepanjang 26 tahun aku idup kat bumi Allah nie....
Jenis Kamus Dewan (term ni aku amik dr salah sorang kawan aku)
Individu yang berada dlm golongan ini merupakan antara individu yangboleh dikatakan skema ataupon skempos.. (term masa kat kampus=skema nakmampos). Golongan ini boleh dikatakan seorang individu yang baik danboleh dipercayai-macam kamus dewan, mana ader tipu2 punya. Cuma mungkin jugak boleh dikatakan sensitif...
Jenis Ensiklopedia
Okay, jenis ni pulak merupakan individu yang penuh dengan fakta dan boleh dikategorikan sebagai orang yang bijaksana. Selalunya terbahagi kepada dua- ada yang suka memberi ilmu, ada yang kedekut ilmu. Anda bertuah sekiranya ketemu orang yang suka memberi atau berkongsi ilmuyang ada dengan anda. Tapi kalau satu spesis lagi, mintak ampun la banyak2 sebab mungkin dia gunakan ilmu yang ada untuk 'jatuhkan' orang lain. Jangan tak percaya, jangan cuba nafikan...orang macam ni mmg adakat dunia...huhhuhuhu
Jenis Komik
Erm... individu yang ni pulak mmg macam buku komik...mudah menarik perhatian orang ramai dengan jenaka yang tak putus. Amat menyenangkan tapi amat tidak selesa dengan golongan yang boleh dikatakan skempos.Entahlah...daripada pengamatan aku, mmg macam tu. Diorg mudah rasa rimas kot..ekekekeke, tapi lain orang, lain pulak penerimaan kan.Erm..susah nak tgk golongan ni serius..tapi jangan tak tau, golongan ni adalah individu yang sensitif...tapi tak tunjukkan depan korang jer...
Jenis Majalah Mastika
Erm... ni mmg kes khas sebab nampak misteri jer... kadang2 orang takleh nak predict kelakuan orang macam ni. Kadang2 suka menyendiri dan kadang2 orang tgk dia nih macam menakutkan ajer... Mempunyai hati yangkeras dan ada sifat ingin tahu yang tinggi.... (mcm iyer jer terjemahanaku ni)
Ha, ni semua adalah hasil idea ntah hape2 tau, jangan korang rujuk kat mana2 buku motivasi pulak yer..heheheheh..
Jenis Jenis Manusia
Penulis : Unknown on Saturday, October 23, 2010 | 3:03 AM
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Cerita Lawak,
Cerita Lucu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)