News Update :
Home » , , » Artis Beraksi ghairah !!

Artis Beraksi ghairah !!

Penulis : Unknown on Sunday, January 9, 2011 | 4:13 AM

INI satu lagi kejutan. Alkisahnya malam Ahad lalu teman CAK singgah makan di sebuah restoran di tengah ibu kota berdekatan pusat hiburan terkenal.
Nak dijadikan cerita, ketika teman CAK sempat menjenguk persembahan di situ, katanya kumpulan live band di situ memang bagus dan menarik minatnya untuk sering singgah ke sana.

Sedang asyik melayan persembahan berkenaan, teman CAK menjeling-jeling keadaan sekitar sambil melihat telatah orang di situ.


Alangkah terkejutnya teman CAK apabila melihat kelibat sepasang artis seperti pasangan kekasih intim yang hangat bercinta. Pastinya jika disebut nama, semua orang kenal pasangan berkenaan.


Kata teman CAK, lelaki terbabit adalah pelakon dan pengarah muda manakala wanita itu pula pelakon dan masing-masing sedang meningkat naik.


Mulanya ingatkan dalam babak filem, tetapi tiada pula kru atau set lampu serta kamera di sekeliling. Jelas mereka bukan saja hebat di dalam wayang yang dituntut skrip, malah bijak ‘menghayati’ tuntutan nafsu di luar filem.



Bagi teman CAK, kalau setakat datang untuk lepak-lepak sekadar berhibur tiada salahnya, tapi yang menjadi tidak sedap dipandang mereka asyik melakukan aksi tidak sepatutnya iaitu bercium! Menurut teman CAK lagi, mungkin masing-masing mabuk sehingga tidak sedar apa yang mereka lakukan dan perbuatan mereka diperhatikan.

Hinggakan teman CAK bertanya adakah mereka bercinta kerana perlakuan masing-masing seperti menunjukkan mereka hangat dilamun cinta.


Yang pasti, masing-masing bersatu untuk mempromosikan filem mereka yang bakal di pawagam tidak lama lagi, tapi perlukah dengan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti itu?
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger