News Update :
Home » , , » Celcom tawar 60 Blackberry Torch percuma

Celcom tawar 60 Blackberry Torch percuma

Penulis : Unknown on Friday, January 28, 2011 | 8:26 PM

CELCOM Axiata Berhad, syarikat telekomunikasi terkemuka di negara ini menawarkan telefon pintar terbaru, BlackBerry Torch 9800 bernilai RM2,188 secara percuma kepada 60 pelanggan bertuah bagi pelan pasca dan prabayarnya sempena sambutan Tahun Baru China ini.
Dalam satu kenyataannya, Celcom berkata, telefon pintar edisi terhad itu akan diberikan kepada pelanggan bertuah sepanjang kempen sehingga 18 Februari depan.

BlackBerry Torch 9800 edisi terhad berwarna merah dengan sistem operasi terbaru BlackBerry 6, memberi lebih dalam jaringan sosial dan grafik yang jelas turut dilengkapi sistem GPS, Wi-Fi serta kamera lima megafiksel.


Bagi pelanggan pasca bayar, mereka perlu melanggan satu pelan BlackBerry, manakala pelanggan Celcom Eksekutif pula boleh memilih semua pelan ditawarkan antaranya, Pelan Asas BlackBerry (RM38 sebulan), Pelan Mudah BlackBerry (RM68 sebulan) atau Pelan Pro BlackBerry (RM98 sebulan).

Pelanggan prabayar boleh memperbaharui pelan bagi segmen prabayar Blackberry untuk melayakkan mereka memenangi hadiah edisi terhad itu.


Pemenang harian akan diumumkan melalui laman web www.celcom.com.my setiap seminggu sekali.
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger