News Update :
Home » , , » Keluarga Jejai Masukkan Gambar - Nora Danish

Keluarga Jejai Masukkan Gambar - Nora Danish

Penulis : Unknown on Friday, January 28, 2011 | 7:58 PM

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish menafikan bertindak menyebarkan gambar-gambar percutiannya bersama bekas suami Rizal Ashram (Jejai) di Internet baru-baru ini dengan tujuan untuk menambah kontroversi perpisahan bekas suaminya dengan aktres jelita Fasha Sandha.
Bagaimanapun menurut Nora, dia mengakui tidak kisah tentang penyebaran gambar tersebut.
“Salah seorang ahli keluarga Jejai yang memasukkan gambar-gambar tersebut di laman Facebook bagi berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga yang lain.
“Pada saya ia bukan satu masalah besar sebab ia hanya gambar percutian kami dan tiada sebarang niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa,” ujarnya yang ditemui di Majlis Malam Penghargaan MIG Production, di One World Hotel, Rabu.
Nora yang dikaitkan dengan kontroversi putus cinta bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai) dengan aktres Fasha Sandha turut mengakui sedang dalam proses mengenali seseorang.
“Secara jujurnya saya memang sedang berkawan dengan seseorang, tapi kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi.
“Bagaimanapun ia bukanlah seorang VVIP yang digosipkan, tetapi seorang yang dihormati oleh Jejai,” katanya ringkas.
Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Nora mengakui penah mendapat tawaran dari pihak MIG Production selepas filem Cuti-Cuti Cinta, namun dia terpaksa menolaknya kerana lebih selesa bergerak sendiri.

Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger