News Update :
Home » , , » Kisah Gelang Zamrud

Kisah Gelang Zamrud

Penulis : Unknown on Sunday, June 19, 2011 | 8:25 AM

Seutas Gelang Zamrud...... ....

Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak

kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya.. Setelah dua minggu

berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang

rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari... hari ini anak anaknya

Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu

buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi

suaminya hampir tujuh tahun itu... malah tiga hari lagi genaplah tujuh

tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan

hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini

semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa

Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley

yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah

menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu

bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang

itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu




Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang

tinggi.

Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan

yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura

mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan

restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang

penuh ceria.

"Assalamualaikum. ....." kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.

"Abang! Walaikumsalam. .." senyumnya melebar melihat Fadley

dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah

ciuman singgah di dahi Sapura. "Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak

dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Pura!" Fadley

membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya

baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin

Fadley beli "perfume" yang baru dari Penang , fikir Sapura.

"Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai

JB? Abang naik apa?" "By air..." ringkas jawapan Fadley. "Habis kereta

abang?". "Pada Mat Noor..." jawab Fadley. "Oh patutlah.." Sapura hanya

menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa

bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri

rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin

rakan kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?.

Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...."

tanya Sapura.

Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu

yang masih membujang. "Nanti dia datang...... ." ujar Fadley. "Mana budak

budak Pura...?" tanya Fadley. " Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu....main

basikal satu hari." "Basikal?" tanya Fadley.

"Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu.." jawab

Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya. "Abang

laparlah..belum makan. Pura masak apa?". "Ah.... Pura masak lauk favourite

abanglah..." senyuman Sapura melerek. "Kari kapitan?" teka Fadley. " Apa

lagi......" "Bagus jugak tu... Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak

budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang....". "Habis dengan

lamanya tak rindu ke?" usik Sapura. "Tersangatlah rindu....." jawab Fadley

lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu.

Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar.

Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.

Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi

pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini

mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley

merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi

mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi

pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu

Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun

rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai

seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke

arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan

lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah

selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah

siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga

kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat

dari ayah Sapura. "Bang.... kenapa ni...?" Fadley mengangkat muka memandang

Sapura.

"Pura...kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik.

Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. ." ujar Fadley

lembut. "Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan

tue". Pura janji dengan abang dulu...." rayu Fadley. Sapura merenung wajah

suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah

seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Pura janji.

akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi.

"Pura...abang ada belikan Pura sesuatu...." ujar Fadley sambil menyeluk pokek

seluarnya.

"Eh......gelang zamrud...." senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang

tangan zamrud yang berkilauan. "Pura ingat tak gelang nie?". Gembira benar

hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura. "Ingat!!!!!" Sapura mengerutkan

dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung

pada gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas

di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit

nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan

belikan juga gelang tu untuk Pura. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan

Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli....". Terpegun Sapura

mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley

masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah

mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang

Fadley selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang...." Sapura memeluk

suaminya.

"Happy seventh anniversary sayang....I love you...". bisik Fadley ke telinga

Sapura. "I love you too.." balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak

matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. "Jeffri

agaknya tu...." bisik Fadley. "Tak pa. Biar Pura yang buka pintu...." Sapura

bangun melepaskan pelukannya. "Pura...."Fadley menyambar tangan Sapura. "I love

you...very very much....." Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. "Me

too.." jawab Sapura pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka..

terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. "Hai..Jeffri. Apa kena

dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?" usik

Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan

punggungnya di sofa. "Puraa...can you please sit down..", pinta Jeffri. Sapura

mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya..

"Please...I have something very important to tell you..." pinta Jeffri lagi.

Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri

tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Pura...apa pun yang Jeffri

nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan

hati yang tenang..." perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri. "Apa yang

you merepek ni Jeffri?". Teka teki terus bermain di benak Sapura.

"Pura....... Fadley... ...Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura..."

tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil.

Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada

di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Jeffri...kalau nak bergurau pun

biarlah bertempat... " balas Sapura. "I'm serious Pura.....Jeffri yang saksikan

sendiri.. "Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan

suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya,

gurauan apakah ini..gumamnya sendiri... "Jeffri..... apa yang Jeffri repekkan

ni...Fadley kan dah balik.

Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia" ...."Apa? Fadley dah

balik?" terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang

memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang

terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah

ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan

setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan

Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Fadley.

Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa

wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah

menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley

pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?

"Jeffri...you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik..." Sapura mengejutkan

Jeffri dari lamunannya. "Pura....Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi

percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di

pangkuan Jeffri... "Bohong...Fadley dah balik...Nanti biar Pura panggil dia...."

Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan

padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ.

Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil

memanggil nama Fadley. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu

Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping

makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya.

Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak

geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley

yang dikatakan sudah pulang. "Pura...arwahnya mengamanatkan sesuatu..." Jeffri

menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara.

Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang

zamrud. Terlopong mulut Sapura. "Rasanya ada barang yang hilang dari

kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang

zamrud bersama subang tu...tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga" sayu je

suara

yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah

deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.

Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini ke Jatt?" tanyanya

perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley

membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan

kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula

benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.

Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan

gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi

Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis.

Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum

terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar

begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.

Kalau benar Fadley sudah tiada....sebagaiman a kata Jatt.. siapa pula yang

datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya?

Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya

di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan

kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil

untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah..

barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang

tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger