PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penangkapan kolumnis akhbar Arab Saudi, Mohammad Najeeb A.Kashgari, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.
Hishammuddin berkata warga Arab itu yang lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan polis pada pukul 9.40 pagi atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menentukan tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Semalam, Bernama memetik satu sumber Interpol yang memberitahu bahawa lelaki itu ditahan polis sejurus tiba di KLIA setelah melarikan diri dari negara itu.
Kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui twitternya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.
Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad SAW yang disukai dan tidak disukainya.
Media negara itu melaporkan susulan laporan Hamza, sebanyak 30,000 entri twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam. -BERNAMA
Hamza Kashgari Di Tahan Di KLIA
Penulis : Unknown on Friday, February 10, 2012 | 5:52 AM
Related posts:
- Panas : Pengundi Hantu Naik AIRASIA Secara FREE
- Video Seks Mustapa Ali Tersebar
- Berita : Proses Pilihanraya 2013 Setelah Pembubaran Parlimen: PRU13
- Adakah Rokok Elektronik Selamat !!!?
- Akibat Bagi Makan Suami Air Mani Dan Darah Haid
- Suami Seks Ganas Akhirnya Ditangkap
- Panas : Abang Lacurkan Adik Berusia 15 Tahun Di Kota Kinabalu
- Penunjuk perasaan memilih bercium dari merusuh
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Berita Semasa,
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)