Kegiatan lelaki dan gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), terbongkar apabila sepasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat, Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, menyerbu hotel terbabit, jam 2 pagi, Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra, berkata sebaik pintu bilik dibuka, polis mendapati pelajar terbabit sedang melayan seorang pelanggan.
Beliau berkata, susulan penahanan gadis itu, polis memberkas seorang lelaki berusia 22 tahun di kawasan berhampiran dipercayai menjadi bapa ayam.
“Siasatan juga mendapati lelaki berkenaan abang tiri kepada pelajar itu,” katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam.
ZOoM : Apa Nak Jadi Dengan Dunia Zaman Sekarang...Nak cari duit tanpa mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak macam ni lah jadinya. Selain daripada akhlak dan pegangan agama yang kurang syaitan mudah menghantui kita.
Apa Kata Anda ?