Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata
untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah
menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya
sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada
suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan
di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang
kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga
tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki
sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Amin ayah
zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang
cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada
Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor:
Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang
tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak
cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!
Kisah Mat Rempit 2012
Penulis : Unknown on Friday, June 8, 2012 | 1:13 AM
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Cerita Lawak,
Cerita Lucu,
Lawak Jenaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)