Seorang lelaki sedang
melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang
menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami
hentakan dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya
si suami telah terjaga dari komanya.
Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah ” Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa
jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang…”
Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. “Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang …. ayang masih di sisi abang.
“Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.
Mata si suami pula bergenang, “Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi.” Esakan si isteri bertambah kuat…
Si suami berkata lagi, “Abang rasa ayang ni bawak sial la …. BERAMBUS KAU SEKARANG!!