Polis hari ini mengedarkan gambar suspek bagi membantu siasatan
berhubung kes menetak seorang pekerja lelaki sebuah premis urut dan
merogol dua pekerja wanita warga Vietnam di premis yang sama di Setapak
baru-baru ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan samun dengan mendatangkan cedera.
Pihak Polis telah sedang mengesan individu seperti dalam gambar yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Orang ramai bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah
Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis
yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian
03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.
Akhbar baru-baru ini melaporkan seorang pekerja lelaki menerima 120
jahitan selepas telinga kirinya hampir putus ditetak tiga lelaki
bersenjatakan parang yang turut merogol dua pekerja wanita warga Vietnam
di premis itu selain melarikan wang tunai dan telefon bimbit
dianggarkan bernilai RM2,000, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, dua pekerja lelaki di kaunter tiba-tiba muncul tiga lelaki menyerang mereka dengan parang.
Menurut sumber, lelaki itu menetak telinga kiri seorang daripada mangsa, manakala seorang lagi mangsa turut ditetak di tangan.
“Mangsa kemudian melarikan diri dari premis itu. Lelaki terbabit
kemudian pergi ke belakang premis yang menempatkan dua pekerja wanita
warga Vietnam sebelum merogol mereka.
“Selepas setengah jam di premis itu, lelaki berkenaan turut mengambil
wang tunai, dua telefon bimbit dan jam tangan milik wanita berkenaan
sebelum melarikan diri,” katanya.
“Sumber berkata, mangsa kemudian menghubungi majikannya memaklumkan
kejadian itu yang terus bergegas ke tempat kejadian dan membawa
pekerjanya yang tercedera ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima
rawatan.
Jenayah : Gambar Suspek Nodai Tukang Urut Wanita Vietnam
Penulis : Unknown on Wednesday, November 28, 2012 | 1:16 AM
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Berita Semasa,
Jenayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)