News Update :
Home » , » Adakah Rokok Elektronik Selamat !!!?

Adakah Rokok Elektronik Selamat !!!?

Penulis : Unknown on Thursday, February 21, 2013 | 1:10 AM

Berita mengenai rokok elektrik di akhbar sebelum ini 
 
Dan adakah vaping/rokok elektronik selamat? Berikut beberapa sample yang boleh kita temui mengenai keputusan atau kesan daripada menggunakan rokok ini :

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) yang terkandung dalam

e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai - bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebihselamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan“tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang
serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia
ada.

 

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya
melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk
kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerikayang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger