News Update :
Home » , » Pejabat PAS Semporna Diserang

Pejabat PAS Semporna Diserang

Penulis : Unknown on Monday, April 29, 2013 | 6:53 PM

 Suatu kekecohan didakwa berlaku di perkarangan pejabat PAS Semporna apabila sekumpulan lelaki dikatakan menyerang dengan membawa objek seperti kayu besbol, topi keledar, gergaji, besi dan tukul.


Yang Dipertua PAS Semporna Hassan Abdullah ketika dihubungiMalaysiakini mengesahkan kejadian serangan itu.
 Menurutnya, serangan itu berlaku tiba-tiba tidak lama selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pekan Semporna menuju ke Tawau.

Dakwanya, semasa Anwar berucap di Kampung Perigi, Pemuda BN telah pun memulakan gangguan dengan membuat bunyi bising menggunakan motor yang kemudian berlanjutan kepada serangan di perkarangan pejabat parti.

Hassan berkata, akibat daripada serangan tersebut, seorang daripada ahli parti itu mengalami kecederaan ringan serta beberapa kerosakan pada kenderaan.


Beliau turut mendakwa, serangan itu diketuai oleh dua orang adik kepada salah seorang wakil rakyat.
 "Cermin kereta dipecahkan dan dua buah kereta dikemekkan. Motorsikal turut dirosakkan," dakwa Hassan. 

Laporan polis telah pun dibuat berkenaan serangan itu.

Menurut laporan yang dibuat oleh anggota PAS Abdul Naib Arrolah, serangan kedua berlaku pada 7.20 petang ketika ahli-ahli PAS sedang solat Maghrib dan solat Hajat di pejabat mereka.

Dalam laporan itu, beliau mendakwa kumpulan itu mengancam untuk membakar pejabat PAS Semporna.

Polis: Jangan ambil petugas kaki gaduh
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan telah diterima.

"Ada kekecohan berkenaan penggantungan poster dan bendera. Ekoran pekerja merebut tempat. Itu sahaja. Kita dah panggil semua pihak yang bertanding dan semua bersetuju berkempen secara sihat," katanya.
Firdaus tidak dapat mengesahkan jenis senjata yang digunakan kerana tidak berada di tempat kejadian.

"Kadang-kadang yang muda-muda ni ada gelojoh sikit. Tapi tak ada niat apa-apa, hanya provokasi dan sakitkan hati. Tapi bila pakcik dia datang dari PAS, Bebas atau BN, dia sudah bersalaman kerana semua bersepupu," jelas Firdaus.

Polis menasihatkan parti bertanding tidak mengambil petugas parti daripada kalangan kaki gaduh.

BN Semporna akan dapatkan maklumat dulu
Pegawai kepada wakil rakyat yang dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas dakwaan itu buat masa ini.

Sementara itu, pembantu kepada calon BN di Semporna Datuk Seri Shafie Apdal berkata mereka tidak dapat mengulas perkara itu kerana sedang berada di Sarawak.

"Kami akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Kami akan dapatkan dahulu maklumat berhubung perkara ini sebelum mengulasnya," katanya.

Sumber 


NOte : Minggu ini merupakan detik-detik lampu merah bagi mana-mana parti politik di Malaysia khasnya yang sedang bertungkus lumus menarik perhatian dan mencanangkan diri serta parti masing-masing.

Tetapi dalam keghairahan manambat hati pengundi ada juga segelintir pihak yang tidak tahu atau sengaja mengendahkan undang-undang dan norma kita sebagai rakyat yang menghormati antara satu sama lain.

Bagi ZoOm provokasi seperti ini perlulah dielakan bagi memastikan pilihanraya yang akan berlangsung berjalan dengan lancar tanpa masalah.

Apa komen anda ?
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger