News Update :
Home » , , , » Kisah Mee Bandung Dan Lisa

Kisah Mee Bandung Dan Lisa

Penulis : Unknown on Sunday, June 2, 2013 | 2:14 AM

Untuk beberapa tahun, Jamal telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya berbangsa Indonesia bernama Lisa...

Suatu hari, Lisa memberitahu Jamal yang dirinya mengandung ... Jamal yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Lisa balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun... Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Jamal menyuruh Lisa supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti.. Jamal akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...



Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Jamal pulang dari kerja, isteri Jamal iaitu Aishah menegur Jamal dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Aishah. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang.. Nanti abang jelaskan," kata Jamal.. Aishah pun memberi poskad itu kepada Jamal dan melihat Jamal membaca poskad tersebut, lalu muka Jamal bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!

Poskad itu berbunyi ... "Mi Bandung 4…2 ada telur, 2 tiada telur… Tolong hantarkan kuah lebih ya!"
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 18, 2013 at 2:05 AM

MAntap

Post a Comment
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger