News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label Malaysia News. Show all posts
Showing posts with label Malaysia News. Show all posts

Kegiatan beri anugerah gelaran “Datuk” palsu dibongkar

Penulis : Unknown on Sunday, March 20, 2011 | 5:24 AM

Sunday, March 20, 2011

Patutlah ramai gelaran Datuk dipasaran, kadang-kadang segan juga berurusan dengan VIP ni..Apa pun baca je lah cerita daripada Utusan ni.



20/03/2011 7:14pm

KOTA BHARU 20 Mac – Sultan Kelantan, Sultan Muhammed V sangat memandang berat dan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenang-wenangnya.


Menyatakan demikian, Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata, baginda melahirkan perkara itu kerana terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang “mengurniakan” darjah kebesaran dan anugerah “Datuk" kononnya daripada Kesultanan Kelantan dengan bayaran RM150,000 sedangkan anugerah itu adalah palsu.
Sukri berkata, pertubuhan itu yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Januari lepas memberikan “darjah kebesaran Kelantan” kepada 120 orang dari dalam dan luar Kelantan mulai tahun lepas.
comments | | Read More...

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?

Entahlah....tapi ini yang ZoOm baca dekat utusan...!!


Info : Utusan



20/03/2011 7:25pm

KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.


Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
comments | | Read More...

Nicol pertahan kejuaraan Terbuka KL untuk kali ketujuh

Tahniah Nicol...


Info : Utusan



20/03/2011 7:22pm

KUALA LUMPUR 20 Mac – Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan reputasinya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur bagi kali ketujuh di sini hari ini.
Ratu skuasy negara itu hanya mengambil masa 34 minit untuk mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry, pada perlawanan akhir di gelanggang kaca di Berjaya Times Square di sini.
Nicol sebelum ini mengungguli kejuaraan tersebut sebanyak enam kali pada 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010.


"Saya tahu perlawanan akhir tetap sukar. Saya pernah kalah sekali kepada Madeline dan tidak mahu keyakinan dia menguasai perlawanan.
“Saya perlu bekerja keras untuk menafikan rentak perlawanan dia,” kata Nicol, selaku pilihan utama
comments | | Read More...

Pasangan Di Tangkap Basah Atas Pokok !!

Penulis : Unknown on Thursday, March 17, 2011 | 8:41 PM

Thursday, March 17, 2011

Lawak...memang lawak...jarang-jarang berlaku di Malaysia khasnya ikuti berita selanjutnya daripada akhbar online Metro hari ini mengenai pasangan yang ditangkap basah diatas pokok.

MELAKA: Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.
Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet di Pantai Kundor, dekat sini, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit.
Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.
comments | | Read More...

Tujuh lanun Somalia direman tujuh hari mulai hari ini

Penulis : Unknown on Monday, January 31, 2011 | 7:47 AM

Monday, January 31, 2011

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Tujuh rakyat Somalia yang diberkas oleh anggota tentera Malaysia ekoran cuba merompak sebuah kapal Malaysia di Teluk Aden pada 20 Januari lepas, ditahan reman tujuh hari sehingga 6 Februari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap ketujuh-tujuh rakyat Somalia itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Noor Firdaus Rosli kira-kira pukul 4 petang tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat sini.

Ketujuh-tujuh lanun itu dibawa keluar dari Pusat Tahanan Sementara terbabit kira-kira pukul 4.30 petang dengan menaiki sebuah bas polis dan diiringi beberapa kenderaan polis dari pusat tersebut.

Kesemua lanun terbabit memakai baju lokap berwarna oren dan digari tangan itu diiringi beberapa pegawai polis yang bertugas sebelum mereka dibawa keluar dari pusat tahanan terbabit.
Difahamkan, mereka dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut. – Bernama
comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger