News Update :
Home » , , » Kegiatan beri anugerah gelaran “Datuk” palsu dibongkar

Kegiatan beri anugerah gelaran “Datuk” palsu dibongkar

Penulis : Unknown on Sunday, March 20, 2011 | 5:24 AM

Patutlah ramai gelaran Datuk dipasaran, kadang-kadang segan juga berurusan dengan VIP ni..Apa pun baca je lah cerita daripada Utusan ni.



20/03/2011 7:14pm

KOTA BHARU 20 Mac – Sultan Kelantan, Sultan Muhammed V sangat memandang berat dan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenang-wenangnya.


Menyatakan demikian, Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata, baginda melahirkan perkara itu kerana terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang “mengurniakan” darjah kebesaran dan anugerah “Datuk" kononnya daripada Kesultanan Kelantan dengan bayaran RM150,000 sedangkan anugerah itu adalah palsu.
Sukri berkata, pertubuhan itu yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Januari lepas memberikan “darjah kebesaran Kelantan” kepada 120 orang dari dalam dan luar Kelantan mulai tahun lepas.



"Untuk mendapatkan gelaran “Datuk” ada penerima sanggup membayar sehingga RM150,000.
“Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lepas,” katanya kepada pada persidangan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, susulan daripada itu, pihak Istana Kelantan telah membuat tiga laporan polis — satu di balai polis Pasir Mas dan dua di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Jumaat lepas. – Bernama
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger