News Update :
Home » , , , » Tentera AS, Britain dan Perancis mula bedil Libya

Tentera AS, Britain dan Perancis mula bedil Libya

Penulis : Unknown on Sunday, March 20, 2011 | 5:30 AM

Selamatkanlah Rakyat yang tidak bersalah..sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka !!!

Info : Utusan 

TRIPOLI 20 Mac – Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis membedil Libya dengan peluru berpandu Tomahawk dan serangan udara sehingga ke awal pagi ini, mencetuskan kemarahan Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai ‘medan pertempuran’.


Kapal-kapal perang AS dan sebuah kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara dan sistem pertahanan udara rejim Gaddafi, lapor tentera AS.
Pegawai Libya berkata, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam bedilan yang bermula pada 1645
GMT semalam (12.45 malam tadi waktu Malaysia) dengan satu serangan jet pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan tentera pro-Gaddafi. – AFP 
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger