Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 Purple menyambut hari guru.
Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie).
Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka
beraturlah memurid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan
mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar
gajah...ada yang bagi hadiah...selepas bagi hadiah dan kad,
masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan
Selamat Hari Guru.
Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak
hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang
lain... beriben merah
cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms.
Choo meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka
dari kek sampailah kepada lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng
kepala oleh si Anita Mui tadi.
Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak
tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam
mulutnya dan merasa...."Hummm...masam, Cikgu dah tau dah... kamu
hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".
Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ...
Jeruk Pelam
Penulis : Unknown on Monday, March 12, 2012 | 11:10 PM
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Cerita Lawak,
Lawak Jenaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)