Inilah saat-saat yang paling aku geruni dan penuh tragis. Aku mula-mula
bertentang mata dengannya sejak kecil lagi. Namun..., tidak pernah
bertegur sapa... apatah lagi hendak memandang wajahnya. Namun,
kehadiranmu kali ini telah mengubah kehidupanku. Su, Aiman, Shah,
Moon,DEE, dan Eric telah lama mengenali mu dan engkau mampu memberikan
ketenangan yang di cari. Bermula daripada Aiman memperkenalkan aku
dengan mu sehingga kita meneruskan percintaan ini tanpa pengetahuan ibu
bapa ku.
Maafkan aku sayang kerana sesungguhnya untuk memiliki mu memerlukan
keberanian dan kecekalan, perlu menanggung pelbagai penderitaan. Tanggal
tarikh keramat hubungan kita iaitu 27 Jan, ketika ibu bapa ku tiada di
rumah, engkau dan aku rebah dalam keasyikan malam...Tatkal ini aku
rasakan sungguh bahagia berada dalam dakapan mu. Dan aku yang selama ini
menjaga adab seorang gadis, sudah jauh ketinggalan dan keterlaluan...
Tidak bertemu sehari, bagaikan setahun lamanya. Betapa cinta kita
sukar di pisahkan, wajah mu hadir
membuat aku gial bayang. Namun...
takdir penentu segalanya. Panas ku harap hingga ke petang hujan di
tengah hari. Aku rela di peluk mu... dan kita lemas dalam lautan
asmara...yang syahdu dan mengghairahkan... Sayang hubungan kita akhirnya
di hidu oleh ibu bapa ku.
Kita di tangkap di atas katil ku sendiri! Lantas, kita terpaksa
memutuskan ikatan ini. Tidakkkkkk!!! Aku tak sanggup!! Kita telah
berpadu dan berpadu hati dan nyawa. Aku di pukul teruk oleh ayah.
Kesan libasan tali pinggang melekat di pahaku! Pedih...bisa..arghhh
aku tak peduli. Kerana keberanian kita aku masih meneruskan hubungan
ini. Hubungan cinta yang penuh tragis... Kau masih membelaiku dengan
sentuhan keramatmu setaip kali pulang dari sekolah di belakang bangunan
terbiar...
Inilah hakikat sebuah percintaan... kau yang ku anggap kekasih awal
dan akhir...namun kau hancurkan hidupku...kini...aku terlantar di
hospitalk gara-gara mu....BARAH PARU-PARU.
Sejak itu aku bersumpah.....kau bukan kekasihku...tapi..pembunuh!!
KAU ROKOK...
Rahsia Cintaku
Penulis : Unknown on Wednesday, March 7, 2012 | 11:03 PM
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Cerita Lawak,
Lawak Jenaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)