Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang
dengan niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa,
nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang
disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon
daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali
pun tak khusyuk jugak lagi...
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat
belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum
pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si
Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee
tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti
sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan
jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...
Kisah Tiga Remaja Bermasalah
Penulis : Unknown on Wednesday, April 17, 2013 | 2:26 AM
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Cerita Lawak,
Lawak Jenaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)