News Update :
Home » , , » [STORY] Kisah Benar: Mangsa Keadaan Murid 1

[STORY] Kisah Benar: Mangsa Keadaan Murid 1

Penulis : Unknown on Friday, June 4, 2010 | 9:52 PM

Situasi: Kelas Matematik
Senario: Cikgu berleterkan murid-murid tak pandai2 walaupun dah banyak kali diajar

Masa belajar dulu, Cikgu Matematik aku memang garang. Berbangsa Cina, perut macam boroi tapi mantap, badan memang besar, muka bengis dan rambut dah putih.

Satu hari tu dia marah2 sbb ramai dari kami kantoi ujian padahal dah berbuih-buih mulut dia berminggu-minggu ajar kami benda yang itu, yang itu jugak.

Dia marah2 lah, "How many times must I teach you this? Such a simple thing but you keep on making the same mistake over and over again! Let me show you for the final time how to do this."

Dia pun jawablah satu soalan contoh dengan penerangan yang terperinci. Masing2 murid2 diam tak berbunyi, mata semua terpaku tengok apa yg dia ajar. Aku perasan memang ronyok giler muka cikgu aku yang memang tak handsome tu. Pendek kata kalau ambil gambar, dia diri di belakang, org akan ingat tu angker, paranormal.

"So from now on, if I see anyone making the same mistake, you will regret if I ask you to see me. So, do you know how to do this now?!!!"

Pada masa itulah kawan aku itu tergoyangkan mejanya lalu tercubitlah isi tangan member yg duduk di sebelahnya, lalu apa lagi, menjerit kuatlah suaranya, menahan kesakitan, "Aaauuuuwwwwwwwwwwwww!!!!"

Cikgu aku tu naik berang, terus berpaling dari papan hitam lalu dia besarkan mata dia mencari murid mana yang nak kena baham, "How! You asked me how again!? Who said that?!!!!!" Mengaum dia.

Petang tu Mamat tu kena diri di luar bilik darjah sampai habis kelas matematik kami.
-> Dia jerit kesakitan Aaaauuuuuwwww. Cikgu tu ingat tak sampai 30 saat berlalu selepas diajar dia dah mula tanya lagi "How?" Memang hari itu hari sueh dia.

Moral of the story:
kalau dlm kelas yg diadakan dlm bahasa Inggeris, sebaiknya jerit 'Aduh!' atau 'Adoi!' kalau kesakitan dan bukannya 'Auwwww!'
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger