News Update :
Home » , , , , , » 100,000 banjiri Gelora Bung Karno !!!!!

100,000 banjiri Gelora Bung Karno !!!!!

Penulis : Unknown on Wednesday, December 29, 2010 | 1:40 AM

JAKARTA 29 Dis. - Hampir 100,000 rakyat Indonesia membanjiri Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini seawal pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) untuk memberi sokongan pada skuad Garuda.
Biarpun perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara skuad tuan rumah dan Malaysia hanya akan bermula pukul 7 malam (8 malam waktu Malaysia) namun suasana di sini sehingga pukul 2.30 petang cukup meriah dengan kehadiran segenap lapisan usia peminat fanatik bola sepak negara ini.
Dijangkakan seramai 200,000 warga bandar raya ini akan hadir menjelang pukul 7 malam ini untuk memberi sokongan pada perlawanan yang akan menyaksikan pasukan mana yang akan membawa pulang trofi juara Piala Suzuki AFF musim ini.



Di perkarangan stadium yang boleh memuatkan kapasiti 80,000 penonton ini, warna merah dan putih (warna jersi pasukan Indonesia) melatari suasana selain hiruk pikuk beratus penjaja yang mengambil kesempatan mencari duit lebih.
Seperti yang dilaporkan, kerajaan negara ini turut mengerahkan 9,000 anggota polis untuk mengawal keadaan dan keselamatan para peminat bola sepak. - Utusan

ZoOm : Nampaknya stadium di Indonesia ini perlu dibesarkan lagi kerana kapasiti rakyatnya yang meminati bola sepak melebihi apa yang diberi oleh kerajaan. Malam ini sudah pasti akan membuktikan samada Malaysia layak bergelar juara. Semoga berjaya wahai pejuang Negara !!!




Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger