KUALA LUMPUR, 29 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Februari depan bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement, Dr. Chandra Muzaffar.
Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu di dalam kamar ketika kes itu dikemukan untuk pengurusan kes.
Peguam Wan Anuar Shaddat Mohamed Amin mewakili Anwar, manakala Dr. Chandra diwakili peguam Mohamed Zaharudeen Harun.
Pada 6 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Dr. Chandra kerana mendakwa ahli akademik itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya pada satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac 2008, yang kemudiannya disiarkan oleh akhbar. - Bernama
Home »
Anwar Ibrahim
,
PKR
,
politic
,
politik
,
saman
» 23 Februari pengurusan saman Anwar - Dr. Chandra
23 Februari pengurusan saman Anwar - Dr. Chandra
Penulis : Unknown on Wednesday, December 29, 2010 | 1:41 AM
Related posts:
- Calon PAS DUN Tenang, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib MC kerana kemurungan !
- Datuk Dr Hasan Ali - PAS kini Tergelincir
- 23 Februari pengurusan saman Anwar - Dr. Chandra
- Gobalakrishnan lepas semua jawatan dalam PKR
- Wan Azizah, Ansari Temui Rakyat Batu Sapi
- NFCorp Perjelas Pembabitannya Dalam Sektor Hartanah
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Labels:
Anwar Ibrahim,
PKR,
politic,
politik,
saman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)