News Update :
Home » , , » 26 Februari penamaan calon DUN Merlimau

26 Februari penamaan calon DUN Merlimau

Penulis : Unknown on Friday, January 28, 2011 | 8:46 PM

LABIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 26 Februari depan dan jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 6 Mac.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini lewat malam tadi, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh itu ditetapkan selepas mesyuarat khas di Batu Pahat.

“SPR menerima kenyataan rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Merlimau berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, sehari sebelum itu.


“Mesyuarat khas itu memutuskan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan kerusi itu,” katanya.

Menurutnya, senarai nama pemilih berdaftar yang dikemaskini sehingga 20 Januari membabitkan 10,679 pengundi termasuk 36 pengundi pos.


Ia adalah pilihan raya kecil ke-15 sejak pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger