News Update :
Home » , » Perkasa saran dapat persetujuan penulis Interlok

Perkasa saran dapat persetujuan penulis Interlok

Penulis : Unknown on Friday, January 28, 2011 | 8:51 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran disaran mendapatkan persetujuan penulis Interlok, Datuk Abdullah Hussain, terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pindaan dalam kandungan novel itu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata amat wajar kementerian mendapatkan hitam putih daripada Sasterawan Negara itu jika bercadang untuk memasukkan glosari, nota kaki ataupun menggugurkan ayat sensitif dalam novel dijadikan komponen sastera (Komsas) dalam subjek Bahasa Malaysia tingkatan lima itu.

“Perkasa yakin bagi penulis, maruah lebih penting daripada royalti yang diterima sebab beliau (Abdullah) ialah Sasterawan Negara. “Selepas berbincang dengan anggota majlis tertinggi dan pakar rujuk Perkasa, kami merasa terkilan dan memprotes usaha (untuk menggugurkan bahagian tertentu dalam kandungan novel itu),” katanya.


Ibrahim berkata, namun Perkasa berpendapat sebuah jawatankuasa bebas wajar dibentuk untuk mengkaji dan mencadangkan untuk pembetulan fakta yang dikatakan salah dan (penggunaan) ayat sensitif.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata novel kontroversi itu akan terus digunakan sebagai teks Komsas di Zon 2 iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.


Namun, selepas mengambil kira pandangan MIC hasil perjumpaannya dengan pemimpin MIC semalam, Kementerian Pelajaran bersetuju membuat pindaan pada bahagian dianggap sensitif masyarakat India. Untuk itu, Muhyiddin berkata satu panel bebas akan diwujudkan mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan. - Bernama
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger