News Update :
Home » , , , , » Senarai Calon BN di pilihanraya Sarawak

Senarai Calon BN di pilihanraya Sarawak

Penulis : Unknown on Monday, March 21, 2011 | 1:50 AM

KUCHING: Parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak bakal menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) ke-10, kepada pengerusinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dalam tempoh terdekat.
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah dan bersedia pada bila-bila masa bagi menyerahkan senarai calon itu.

“Jika perlu, hari ini (semalam) pun boleh....tetapi tidak perlu saya jelaskan kepada anda (media) siapa calon kami selain penyandang sedia ada dan apa yang pasti nama calon yang diberikan kepada Pengerusi BN negeri adalah mereka yang terbaik dan anda tunggu saja,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nissom berkata, tujuh penyandang jawatan bakal diusulkan sebagai calon, bagaimanapun, pihaknya belum memutuskan dua lagi calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus dan Ngemah.

Wilfred berkata, PRS dijangka menyerahkan senarai calon itu kepada Abdul Taib, esok dan nama dua lagi calon di dua kawasan masih dalam pertimbangan.

“Seperti dijelaskan Presiden (Datuk Seri Dr James Jemut Masing) sebelum ini, tujuh calon penyandang akan dikekalkan, cuma calon bagi dua kawasan masih dalam perbincangan,” katanya.
Bagi Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom, walaupun sebelum ini, beliau pernah mengumumkan semua lapan penyandang dikekalkan, tetapi tidak menolak menghantar nama lain untuk diteliti pucuk pimpinan BN.

Beliau berkata, SPDP mahu pucuk pimpinan BN membuat keputusan sama ada mengekalkan penyandang atau memilih muka baru bagi memastikan kemenangan 100 peratus parti itu pada 2006 dikekalkan pada pilihan raya kali ini.

“Memang sebelum ini saya mengumumkan untuk mengekalkan semua penyandang, tetapi kita tidak tahu keputusan pada saat akhir yang dibuat pucuk pimpinan BN kerana parti menghantar lebih daripada lapan nama.

“Kami akan menyerahkan senarai calon itu kepada Pengerusi BN negeri minggu ini, tetapi belum menetapkan harinya,” katanya.

Info : Hmetro


Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger