News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label Hmetro Online. Show all posts
Showing posts with label Hmetro Online. Show all posts

Kecoh Wanita Berbogel Di Lebuhraya

Penulis : Unknown on Sunday, March 18, 2012 | 7:47 AM

Sunday, March 18, 2012

KUALA LUMPUR: “Saya terkejut melihat rakaman dalam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang ‘wanita’ berambut panjang tanpa seurat benang di laluan itu sebelum keluar dari bilik kawalan untuk menyelamatkannya tetapi bila didekati, dia sebenarnya lelaki,” kata Anuar Borohan, 40, menceritakan kejadian seorang pondan bogel merayau berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini, semalam.

Anuar yang juga petugas bilik kawalan trafik Duke berkata, dia menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya berkenaan yang mengadu ternampak kelibat pondan terbabit yang berbogel di Kilometer 3 arah timur, jam 1.45 tengah hari.

“Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu.

“Saya segera keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta,” katanya.

Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.
comments | | Read More...

Cerita Akhbar : Lelaki di Kedah Teruk dibelasah kerana Meraba Bontot Gadis!

Penulis : Unknown on Wednesday, March 14, 2012 | 7:57 PM

Wednesday, March 14, 2012

KEADAAN lelaki yang cedera dibelasah selepas didakwa mencabul seorang wanita di sebuah kafe di Taman Tunku Haminah, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI - Sebuah kafe di Taman Tunku Haminah di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memegang dan meraba punggung seorang wanita yang sedang mengambil makanan di kafe itu.

Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, seorang wanita Cina berusia 30-an pergi ke kafe itu bersama teman lelakinya untuk makan tengah malam.

Namun, semasa leka memilih makanan, mangsa terkejut dan berasa amat malu apabila punggungnya didakwa dipegang dan diraba oleh seorang lelaki bertubuh besar.

Sebelum mencabul mangsa, lelaki itu didakwa asyik memerhatikan wanita itu yang berdiri ketika memilih makanan.

Wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian itu membatalkan hajatnya mengambil makanan dan pergi ke meja sebelum mengadu kepada kekasihnya mengenai insiden tersebut.

Kekasih mangsa yang geram dengan tindakan lelaki Cina itu terus membelasahnya sebelum pelanggan lain di restoran tersebut turut memukul lelaki yang didakwa mencabul itu.
comments | | Read More...

Senarai Calon BN di pilihanraya Sarawak

Penulis : Unknown on Monday, March 21, 2011 | 1:50 AM

Monday, March 21, 2011

KUCHING: Parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak bakal menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) ke-10, kepada pengerusinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dalam tempoh terdekat.
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah dan bersedia pada bila-bila masa bagi menyerahkan senarai calon itu.

“Jika perlu, hari ini (semalam) pun boleh....tetapi tidak perlu saya jelaskan kepada anda (media) siapa calon kami selain penyandang sedia ada dan apa yang pasti nama calon yang diberikan kepada Pengerusi BN negeri adalah mereka yang terbaik dan anda tunggu saja,” katanya.
comments | | Read More...

video aksi seks didakwa pemimpin utama pembangkang

KUALA LUMPUR: Sekumpulan wartawan didedahkan dengan satu rakaman video aksi seks yang didakwa kononnya seorang pemimpin utama pembangkang dengan wanita tidak dikenali.

Beberapa media internet dan blog melaporkan, rakaman memaparkan aksi ahli politik itu dengan seorang wanita muda ditunjukkan oleh pihak tertentu yang mendesak ahli politik terbabit meletak jawatan.
Sekiranya ahli politik terbabit tidak berbuat demikian, video klip itu akan didedahkan kepada umum.

Video yang memaparkan lelaki mirip ahli Parlimen pembangkat itu ditayangkan kepada wakil media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara, pagi ini.

Info : Hmentro Online
comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger