Fazura juga merupakan salah seorang artis yang dilantik sebagai duta mandian Lux, sekaligus menyertai barisan jelitawan selebriti tempatan seperti Sheila Majid, Fauziah Latif, Erra Fazira dan Amy Mastura.
Berikut merupakan beberapa tips kecantikan yang diamalkan oleh Fazura :
- Melakukan aktiviti lulur dan tidak meminum minuman yang sejuk. Ini bagi mendapatkan kulit badan yang cantik dan sihat.
- Amalkan makan jamu dan sayur-sayuran supaya keanjalan kulit terpelihara dan terhindar daripada masalah kedutan.
- Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
- Amalkan pengambilan green tea bagi mendapatkan kulit yang cerah dan cantik, dalam masa yang sama dapat mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan juga kanser.
Diharapkan tips kecantikan yang diamalkan oleh Fazura ini berguna untuk para wanita yang ingin kekal cantik sepanjang masa.