News Update :
Home » , » [STORY] Kisah Benar: Mangsa Keadaan Murid 2 - RAPE!!!

[STORY] Kisah Benar: Mangsa Keadaan Murid 2 - RAPE!!!

Penulis : Zaisuhaila Ishak on Friday, June 4, 2010 | 9:42 PM

Situasi: Main 'Word Formation' dalam bilik darjah

Kami main permainan buat perkataan dengan menggunakan abjad2 dari perkataan yang panjang. Permainan dalam bahasa Inggeris.

Salah satu perkataan yang aku tulis ialah "RAPE".
Tau2, kawan aku mengadu kat cikgu aku dan aku kena panggil mengadap Cikgu perempuan aku yang dah merah padam mukanya mcm dah bersedia nak sebat aku. Aku cemas lah Apa hal cikgu aku panggil aku. Kecoh lah.
Dia tanya aku, "Who teach you this word?"

Jawab aku, "I myself."

"Do you know what it mean?"

Aku jawab dengan selambanya, tapi cuak lah jugak...........
"It is the past tense of ripe."

Cikgu aku tu terus gelak dan suruh aku duduk balik. Nasib baik

Aku pulak tak terus ambil tahu apa maksud perkataan "rape". Bila pikir balik, mungkin nak terangkan maksud perkataan tu nak pulak kena terangkan tentang sex dan cikgu aku pun tak tahu mcm mana nak terangkan tentang sex pada budak kecik mcm aku tu, umur baru 10 tahun. Dilema sungguh.

LOGIKNYA

Kenapa aku cakap Rape tu past tense of Ripe?
Sbb Give jadi Gave apa?
Sit jadi Sat
Jadi apa pulak salah aku bila ingat Ripe jadi Rape? Betul tak???
Omputeh ni memang sengal lah.
Share this article :
 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger