News Update :
Powered by Blogger.
Hot News »
Bagikan kepada teman!

Kisah Dua Sahabat Dan Awek Cun

Penulis : Unknown on Monday, June 3, 2013 | 2:17 AM

Monday, June 3, 2013


Man:men ko tau x, time aku g plkn tuh…peh!!...aweks cuns cuns..



Men : Pastu?..cite la cite ar..

Man:aku xyah mintak kt dorg pon..awek yg mintak kt aku..

Shuk:eleh..poyo ler..(xnk ngalah..)

Man:alamak..ko penah ke awek mintak no kt ko?

Shuk:erm x..

Man:ala x yah bising la shuk..

Shuk: aku lagi bes..sdg aku jalan2 kat uptown, aku g memana je awek pandang aku..aku g downtown, awek pandang kat aku je..

Meneh ramai peminat nmpak…

Shuk:aku pon heran, aku nix la ensem mna pon, ble aku pandang bwh je..

Owh..rupen2nye zip aku xtutup lagi..
comments (2) | | Read More...

Kisah Mee Bandung Dan Lisa

Penulis : Unknown on Sunday, June 2, 2013 | 2:14 AM

Sunday, June 2, 2013

Untuk beberapa tahun, Jamal telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya berbangsa Indonesia bernama Lisa...

Suatu hari, Lisa memberitahu Jamal yang dirinya mengandung ... Jamal yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Lisa balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun... Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Jamal menyuruh Lisa supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti.. Jamal akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...



Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Jamal pulang dari kerja, isteri Jamal iaitu Aishah menegur Jamal dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Aishah. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang.. Nanti abang jelaskan," kata Jamal.. Aishah pun memberi poskad itu kepada Jamal dan melihat Jamal membaca poskad tersebut, lalu muka Jamal bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!

Poskad itu berbunyi ... "Mi Bandung 4…2 ada telur, 2 tiada telur… Tolong hantarkan kuah lebih ya!"
comments (1) | | Read More...

Kisah Lawak Pasangan Baru Berkahwin Mengikut Petua

Penulis : Unknown on Saturday, June 1, 2013 | 2:10 AM

Saturday, June 1, 2013


Bukan tersalah tulis tau.. yerla..kebiasaannya 18sx..tapi yang ini agak ganas,, jadi 28sx.. Bermakna mereka yang berusia 28 ke atas sahaja sesuai membaca kisah ini..wahahhaha


Al-kisah berlakunya cerita di sebuah kampung nun jauh di Utara Kedah. Di situ tinggallah dua buah keluarga. Yang satu tu janda beranak satu. Janda ni ada anak dara bernama Milah. Keluarga yang satu lagi tu duda beranak satu. Duda ni juga mempunyai seorang anak teruna yang diberi nama Dollah.

Sejak daripada kecil hingga ke umur akil baligh, Milah dan Dollah berkawan rapat. Maka mak bapak Milah dan Dollah ni setuju untuk mengahwinkan mereka berdua.

Sebelum menjadi seorang isteri berpesanlah mak Si Milah kepada anaknya;

"Milah...hang dah kahwin nanti...bila tiba malam pertama tu, hang hati-hati sikit..."

"Kenapa mak?" Tanya Milah terkejut.

"Bukan apa Milah. Mak dengaq maknya Si Dollah tu mati sebab Bapak dia 'punya' sebesaq kepala lutut!! Jadi mak takut kot-kot la Si Dollah tu nurun ikut pak dia"Jelas mak Milah.



Maka Si Milah pun ngangguk la tanda paham dengan pesan ibunya itu.

Nak dijadikan cerita, bapaknya Si Dollah pun bagi ingatan juga pada anak dia.

"Dollah! Bila hang kawin ngan Milah nanti...tiba malam pengantin, hang tu kena jaga-jaga sikit! Pak dengaq ayah Milah dulu mati sebab mak dia 'punya' bergigi!! Takut-takut la Si Milah tu nurun mak dia..."

Terkejut beruang panda Si Dollah mendengarnya! Anyway, Dollah pun ahah kan je la...

Diringkaskan cerita, kahwin la Milah ngan Dollah. Time malam nak tidur pun tiba. Duk..dak..duk...dak... kedua-dua pengantin baru tu bila lampu dah padam. Yalah tiba-tiba teringatkan pesanan mak ngan bapak dorang.

Tapi dia orang tu masing-masing berlagak cool je. Macam takde apa-apa yang mereka risaukan. Waktu tidur tu, Milah pakai baju tidur yang paling seksi sekali yang ada dalam simpanannya. Jarang habis! Dollah pun apa lagi menitik la air liurnya!

Bila Dollah mula nak bukak step je, dia teringat pesanan pak dia tu. Dollah pun dapat idea nak hulur lutut dia. Kot-kot la betul bergigi Si Milah 'punya', selamat sikit fikir Si Dollah.



Si Milah pun camtu juga. Dia nak sua mulut dia. Kalau betui la Dollah 'punya' besaq kepala lutut, selamat la sebab dia boleh gigit.

Bila bertemu je gigi Si Milah ngan lutut Si Dollah, apalagi dua-dua terkejut beruk pencen la. Lagi-lagi Si Dollah. Dia terus lari balik rumah bapaknya.

"Pakkk....betullah! Si Milah 'punya' bergigi pak!" Bersungguh-sungguh Dollah bercerita.

Tapi pak Si Dollah tak puas hati . Mereka berdua pi ke rumah Milah buat spot checked. Masa tu Milah tengah mandi. Mandi wajib ke, mandi sunat ke, itu tak tahu la. Tapi dengan kurang ajarnya Dollah dan bapaknya terus tolak pintu bilik air Si Milah tu.

Apalagi, terkejut la Si Milah yang tengah mandi telanjang bulat tu. Dengan tak berlengah lagi dia terus je cabut pokok kangkung yang hidup subuq kat longkang bilik air. Dengan pokok kangkung tu la Milah tutup dia 'punya' tu!

Bapak Dollah nampak je keadaan Si Milah tu, dia pun jerit,

"HAH, TU DIA!
MAKAN KANGKUNG PULAK DAH!!!"
comments (2) | | Read More...

Kisah Suami Dan Isteri Dan Harta Mereka

Penulis : Unknown on Friday, May 31, 2013 | 2:05 AM

Friday, May 31, 2013

Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya.

Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"

Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami."

Isteri: "Apa yang kamu katakan?"

Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..."

Isteri: "#$*@#!?"
comments | | Read More...

Kalau Binatang Ada Facebook Beginilah Jadinya

Penulis : Unknown on Thursday, May 30, 2013 | 2:01 AM

Thursday, May 30, 2013

Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang, burp... Alhamdulillah…

CICAK : Isteriku tersepit pintu!

AYAM : Kawan2…kalau esok aku tak update…bererti aku sudah di goreng….I luv u all… jangan lupa buat kenduri arwah untuk aku yaa..

KUCING: Baru je add awek sebelah rumah… keturunan PARSI beb!!!

IKAN EMAS: Bilalah boleh makan makanan yang sedap sikit. Asyik-asyik biji-biji kecik warna warni tu je. Hello, I muak okeyyyy!!

KATAK: Harap-harap malam ni hujan, lama betul tak main air hujan, rinduuuu....

KAMBING: Gatalnya badan ni, hmm kejap lagi la mandi. malaslah pulak, ngeee...
comments (1) | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger