News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label Cerita Hantu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Hantu. Show all posts

Cerita Seram Pakcik Aku

Penulis : Unknown on Wednesday, April 13, 2011 | 1:55 AM

Wednesday, April 13, 2011

erm… .gini kisahnyer… pakcik aku tu koje sebagai pemandu teksi… erm… .adala satu malam tu… .jeng… .jeng… jeng… (buat suspen skit… hehehehhe)… .tgh pakcik aku tercari2 penumpang… ..adela die jumpa sorang pompuan nie… .fuh… .cantiknyer die… .cam model lak… ‘erm… mmg dah rezeki aku dpt penumpang lawa mlm2 nie’… kata pakcik aku… .bile pompuan tu masuk jer… fuh… .bau harum semerbak menusuk hidung pakcikku itu… lepaih tu die terus jln… adala dlm 5 minit lepas tu… pakcik aku teringat die lupa nk tanya pompuan tu nk berhenti kat mane…

pakcik aku cube la pandang pompuan tue melalui cermin pandang belakang tu… die tgk takde… ‘aik… .mana lk pompuan nie pi’… getus hati kecil pakcikku… .die cube pandang lagi… takde gak… .eeeeee… pakcik aku dah mula kuar peluh jantannyer dek kerana terlalu panik… ..disebabkan terlampau takut pakcik aku telah buat satu brek mengejut… ..fuh… ..pakcik aku toleh ke belakang… die tgk muk
comments | | Read More...

Kisah seram: Pontianak Bukit Hijau. Julai 2010

Penulis : Unknown on Saturday, October 23, 2010 | 2:57 AM

Saturday, October 23, 2010

"Kalau berat dah sampai sekilo mahu cecah 40 ke 50 ribu." kata Mat Juni sambil kibas-kibas ketiak guna baju yang dah lama ditanggalkan. Sejuk ketiaknya bila peluh evaporate ke udara, nikmat Allah bagi.

Muka Mat Juni cengkung dengan pipi berjerawat bertulang tinggi. Hidung juga tinggi macam israel tapi matanya pula lebam dan dalam, manakala giginya sedikit jongang, sikit saja macam Yusri KRU. Muka penuh asam garam kesukaran hidup itu sekarang kelihatan sangat letih tetapi bersemangat. Bersemangat dia untuk ubah nasib. Dan mentaliti melayu dalam kepala otaknya terus berperanan mencari penyelesaian mudah. "Empat puluh ribu... sekali kerja saja... kita kaya." Mat Juni sengih yakin.

Saleh angguk-angguk tenang. Sekali kerja... 40 ribu... lumayan! "Kat mana ada?"

comments | | Read More...

Kisah Dua Orang hantu

Penulis : Unknown on Thursday, October 21, 2010 | 8:25 AM

Thursday, October 21, 2010


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

comments | | Read More...

Cerita Hantu - Pontianak

Penulis : Unknown on Wednesday, October 20, 2010 | 4:31 AM

Wednesday, October 20, 2010

Pontianak atau lebih dikenali sebagai kuntilanak berasal daripada perempuan yang mati di bunuh ketika mengandungkan anaknya. Pontianak ini akan hidup kembali dan akan membalas dendam kepada mereka yang terlibat dalam kes pembunuhannya.

Pocong atau hantu bungkus adalah makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kapan. Ianya hanya melompat-lompat. Biasanya hantu jenis pocong selalu di jumpai di tanah perkuburan.


comments | | Read More...

cerita seram bukit putus

Penulis : Unknown on Tuesday, September 8, 2009 | 3:37 AM

Tuesday, September 8, 2009

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..
Wassalam…
comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger