News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label Petua Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Petua Kecantikan. Show all posts

Petua Bulu Kening Yang Gugur

Penulis : Unknown on Sunday, January 9, 2011 | 4:33 AM

Sunday, January 9, 2011

Jika anda menghadapi masalah ini, ambillah beberapa tangkai sireh dan titik sehingga keluar airnya. Kemudian sapukan air itu pada kening anda. Amalkan setiap hari, insyaAllah hasilnya akan dapat anda lihat dalam beberapa minggu sahaja.
comments | | Read More...

Petua Menegang dan Melicinkan kulit dengan Telur Ayam

Menegang dan Melicinkan kulit dengan Telur Ayam

Telur Ayam mudah didapati dimana-mana sahaja. Selain ia digunakan sebagai masakan dan makanan, ia juga sesuai digunakan untuk kecantikan wajah. Kulit wajah bukan sahaja akan kelihatan cantik, malah ia akan licin dan tegang.

Petuanya adalah seperti berikut;
  1. Bersihkan muka anda sebersihnya dari kotoran dan alat make-up dengan menggunakan air bersih dan span.
  2. Keringkan muka dengan tuala yang bersih.
  3. Kemudian, ambil sebiji telur ayam dan asing putih telur dan kuningnya ke dalam mangkuk atau piring.
  4. Selepas itu, sapukan putih telur sahaja ke seluruh bahagian muka.
comments | | Read More...

Petua Menghilangkan Jerawat Muka

Untuk menghilangkan atau menghapuskan jerawat di wajah anda, amalkan salah satu petua-petua ini..
1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger