News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label cerita artis. Show all posts
Showing posts with label cerita artis. Show all posts

Majalah Bogel Playboy Lindsay Lohan Laris

Penulis : Unknown on Sunday, March 4, 2012 | 3:59 AM

Sunday, March 4, 2012

LOS ANGELES – Beberapa laporan menyatakan majalah bogel Playboy edisi Januari/Februari yang menampilkan gambar aktres Lindsay Lohan berbogel laris dijual.

Menurut laman hiburan TMZ, vendor-vendor majalah yang menyiarkan gambar Lohan itu telah membuat tempahan naskhah tambahan.

Satu sumber laman berkenaan menyatakan, beberapa bandar raya besar seperti New York dan Los Angeles yang pada kebiasaannya tidak membuat tambahan naskhah telah meminta bilangan majalah tersebut ditambah.

Menurut sumber dalaman, terdapat banyak peningkatan langganan dalam iPlayboy.com.

Semasa majalah itu dijual pada Jumaat lalu, ia dikatakan gagal untuk menarik minat pembeli.

comments | | Read More...

Hanya 50 Orang Pergi Audition Mentor Kak Pah

Penulis : Unknown on Tuesday, February 1, 2011 | 8:42 PM

Tuesday, February 1, 2011

SHARIFAH Aini bersama peserta uji bakat untuk program realiti Mentor, semalam.

Populariti, cuaca punca sambutan dingin

PETALING JAYA: Sesi uji bakat terakhir program realiti Mentor bersama Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, di sini, semalam, lengang apabila hanya kira-kira 50 peserta datang mencuba nasib.
    Selain populariti Sharifah Aini sebagai biduanita mungkin antara sebab bakat baru risau berdepan dengannya, cuaca kurang baik dengan hujan sejak pagi dikatakan antara faktor menyukarkan orang ramai untuk hadir.
    Uji bakat bersama beberapa artis lain sebelum ini berjaya menarik 300 hingga 500 peserta dengan jumlah paling ramai mencecah 900 ketika sesi bersama Afdlin Shauki, pertengahan bulan ini.

    Ketika ditemui, penyanyi itu berkata, beliau tidak bimbang dengan sambutan yang agak hambar kerana kebanyakan peserta yang datang adalah berbakat.

comments | | Read More...

Selebriti kantoi bercium tepi tandas!

Dengarnya...: Selebriti kantoi tepi tandas
Oleh Normah Becok

2011/02/02CIK NORMAH jadi geram pula apabila seorang teman melaporkan mengenai beberapa selebriti tempatan yang bukan main lagi berparti sampai mabuk sakan di sebuah kelab terkenal di Kuala Lumpur. Dalam kumpulan berkenaan, ada seorang selebriti lelaki dan dua selebriti wanita yang jika disebutkan nama mereka, tentu ramai yang ternganga ataupun terkedu.

Yang membuatkan Cik Normah geram tu bukannya apa, sebab bukan main lagi selebriti lelaki yang lahir daripada program realiti itu menafikan dia pernah menyentuh atau meneguk arak, sebelum ini. Namun, daripada cerita yang disampaikan itu, nyata sekali itu bukanlah kali pertama dia membaham minuman haram itu.

Bersama-samanya ketika itu ialah seorang artis baru wanita yang pernah juga dikaitkan dengannya tidak lama dulu. Namun macam biasalah, kedua-duanya tidak mengaku ada apa-apa, walaupun sudah banyak mata yang terpandang keintiman kedua-duanya. Jadi, pada awal pagi itu, mereka kantoi lagi apabila berpasang-pasang mata menyaksikan gelagat menggelikan, lakonan dua selebriti ini.
Lebih memualkan, apabila si lelaki dikatakan bukan main lagi menggatal dengan si artis baru ini, di tepi tandas. Siap ada adegan gesel-gesel badan dan himpit-himpit lagi di dinding! Ala-ala filem lucah ‘gitu’ agaknya. Kata si tukang cerita, selebriti lelaki itu kelihatan seperti ghairah semacam, dalam keadaan mabuk dan tak berapa sedar diri itu.

Katanya lagi, mereka juga bercium di situ seperti tidak ada orang lain pun di kiri kanan yang memandang. Sungguh kurang asam... Apabila kedua-duanya sudah hanyut dipengaruhi alkohol, mereka jadi lupa yang kelakuan itu turut disaksikan pengunjung lain. Kalau masuk mahkamah pun, pasti kalah teruk.

comments | | Read More...

'Hero Malaya' Kutip RM60 Ribu Bantu Bob (Kuman)

Penulis : Unknown on Friday, January 28, 2011 | 7:47 PM

Friday, January 28, 2011

KUALA LUMPUR: Misi Hero Malaya yang disertai kira-kira 20 artis lelaki tanah air tercapai apabila berjaya menerima sumbangan sebanyak RM60,000 dari pasar raya Carrefour selepas melakukan aktiviti amal di pasar raya tersebut.
Kutipan tersebut bakal diserahkan kepada pelakon Bob (Kuman) atau nama sebenar Husni Rawi, 39, untuk membeli mesin oksigen dan melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass).
Bob memerlukan peralatan itu akibat berat badan yang berlebihan iairu 219 kilogram sehingga menyukarkan pernafasan selain mengakibatkan komplikasi buah pinggang.
Menurut pengacara Aznil Nawawi, sumbangan yang dilakukan kumpulan yang digelar Hero Malaya itu sedikit sebanyak membantu rakan artis yang memerlukan sumbangan.
“Idea untuk mengumpul sumbangan ini pada awalnya selepas terbaca rangkaian sosial Twitter Bob yang meluahkan rintihan terhadap sakit yang dihadapinya.
“Kami yang berhubung melalui laman sembang maya Blackberry Massenger (BBM) ini akhirnya mengambil keputusan untuk membantunya sedaya yang termampu,” ujarnya.
Dalam pada itu, aktiviti yang berlangsung pukul 3 petang sehingga 6 petang Jumaat itu mendapat sam
comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger