skip to main |
skip to sidebar
RIO DE JANEIRO - Seekor ular sawa gergasi memuntahkan semula seekor lembu yang dibaham haiwan tersebut di sebuah hutan di Brazil, menurut beberapa laporan kelmarin.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline, hampir 6 6,000 orang telah menyaksikan rakaman video ular tersebut di laman YouTube dalam tempoh dua hari.
Kejadian itu berlaku di sebatang sungai di dalam hutan tersebut.
Skandal membabitkan seorang remaja perempuan yang diupah pemaju melayan nafsu kakitangan kerajaan dan aksi itu dirakam sebagai bahan ugutan sekali lagi menggegarkan bandar Chongqing yang pernah ditadbir ahli politik popular, Bo Xilai.

Lima pegawai kerajaan tempatan dipecat setakat ini selepas rakaman berkenaan bocor dan tersebar.
Seorang bekas wartawan yang mendedahkan skandal itu berkata, ada beberapa rakaman lain yang dimilikinya.
Berita mengenai video dirakam pada 2007 itu hanya tersebar kepada umum bulan ini.
Gambar Pope dan al-Tayeb telah ditarik balik oleh United Colors Of Benetton akibat pihak Vatican mengecam untuk mengambil tindakkan undang-undang terhadap syarikat pakaian tersebut.
Jurucakap Vatican, Federico Lombardi mendakwa kempen Benetton sama sekali tidak boleh diterima dan tidak rasa hormat.
Imej Benedict mencium Sheikh Ahmed Mohamed El-Tayeb, imam Masjid terkenal al-Azhar di Kaherah, telah ditarik serta-merta selepas Vatican membantah.
"Kami ingin menekankan bahawa maksud kempen ini adalah semata-mata untuk memerangi budaya kebencian dalam semua bentuk," kata jurucakap Kumpulan Benetton berkata dalam satu kenyataan rasmi.
"Kami dengan itu memohon maaf atas penggunaan imej pope dan imam telah menyinggung kepada sesetengah pihak. Sokongan niat kami, kami telah memutuskan, berkuat kuasa serta-merta, untuk menarik balik imej ini dari setiap penerbitan."
Kaherah – Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.
Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.
Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.
Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.
– NEW DELHI – Pasangan kelamin yang enggan melakukan hubungan seks, dianggap zalim oleh Mahkamah Tinggi di Delhi dalam satu kes rayuan untuk perceraian.
Mahkamah mengisytiharkan keengganan melakukan seks itu berasas setelah si suami berkata isterinya enggan tidur bersama di malam pengantin dan hanya membenarkan melakukan hubungan 10 hingga 15 kali, dalam masa lima bulan.
Agensi Press Trust of India melaporkan hakim Kailash Gambhir ketika memberi keputusan berkata: “Keterangan suami mengatakan isteri tidak memberi tindak balas dan seperti tunggul kayu ketika melakukan hubungan seks, tidak dibantah.”
“Sudah terbukti tiada kemahuan melakukan hubungan seks tanpa sebab munasabah dan ini adalah kejam,” katanya.
Mahkamah Tinggi menolak rayuan wanita itu untuk tidak bercerai.
Pada 2001, mahkamah rendah membenarkan keputusan tidak bercerai. Pasangan itu berkahwin pada 1991.
“Hubungan seks adalah asas dalam perkahwinan dan perkahwinan tanpa hubungan seks adalah perkara dibenci,” katanya.
Zona Malam - Polis sepertinya harus membenteras kejahatan seksual. Di Batam seorang janda k diperkosa, lalu dibuang ke hutan. Di Pasuruan, Jawa Timur, janda 17 tahun sebut Jelita diperkosa secara bergiliran oleh sembilan lelaki.
Janda asal Kelurahan Tambakan, Kecamatan Gading Rejo, Kota Pasuruan diperkosa setelah menonton konsert dangdut.
“Kes ini terungkap setelah salah seorang keluarganya melaporkan. Awalnya, korban tak mahu melaporkannya kerana trauma dan malu,” kata Kasat Reskrim Polresta Pasuruan, AKP Ponasit kepada wartawan di pejabatnya.
Setelah mendapat laporan, polis langsung melakukan penyelidikan. Polis pun menangkap salah seorang pelaku perkosaan. Pelaku itu adalah Munir (32) warga Desa Kalirejo, Kecamatan Kraton, Kabupaten Pasuruan di rumahnya.
SEOUL: Seorang lelaki ditahan kerana bertindak memotong dan menelan puting payu dara isterinya selepas wanita berkenaan menuntut cerai, kata polis semalam.
Akhbar Korean Times melaporkan warga Korea berketurunan Cina itu menelan sebahagian puting payu dara sebelah kiri isterinya selepas memotongnya menggunakan pisau ketika bergelut dengannya di rumah mereka di Andong, wilayah Gyeongsang utara.
Menurut polis Andong, lelaki berusia 48 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika bergaduh dengan isterinya yang juga warga Korea Utara yang berpaling tadah, awal pagi Khamis.
Mangsa meminta untuk berpisah dengan suaminya dan menuduh suaminya hanya bekerja sambilan serta mempunyai tabiat suka minum arak, sebelum menyerangnya.
Lelaki berkenaan melakukan jenayah terbabit selepas menolak isterinya di atas lantai.
Wanita terbabit kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Agensi.
Gambar Sekadar Hiasan
Apa Pendapat Anda?