News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label cerita bola sepak. Show all posts
Showing posts with label cerita bola sepak. Show all posts

Cerita Bola : Kelab Guizhou Renhe Pikat Lampard, Ferdinand

Penulis : Unknown on Wednesday, March 21, 2012 | 2:31 AM

Wednesday, March 21, 2012

LONDON - Kelab bola sepak dari China, Guizhou Renhe mengesahkan bahawa mereka bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan besar bagi mendapatkan khidmat tonggak pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand dan perancang Chelsea, Frank Lampard.

Menurut laporan, kelab Liga Super China itu bersedia membayar gaji kedua-dua pemain tersebut sebanyak £250,000 (RM1.22 juta) seminggu.

Tawaran itu dibuat sebagai salah satu langkah memastikan Ferdinand dan Lampard meninggalkan saingan Liga Perdana England pada hujung musim ini.

Pengerusi Guizhou, Wang Guolin berkata, beliau mahu pasukannya memiliki barisan pemain terbaik sebagai persiapan menghadapi saingan liga musim depan.

"Saya mahu pasukan saya menjadi yang terbaik di China. Sebab itu, kami (Guizhou) bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membawa masuk Ferdinand dan Lampard beraksi bersama kami.

"Semua orang di sini (China) menyaksikan perlawanan Liga Perdana England dan tahu bahawa kedua-dua pemain tersebut adalah pemain terbaik," kata Guolin.

Sementara itu, satu lagi kelab gergasi China, Shanghai Shenhua telah menyuarakan minat bagi mendapat khidmat rakan sepasukan Lampard di Chelsea, Didier Drogba.
comments | | Read More...

100,000 banjiri Gelora Bung Karno !!!!!

Penulis : Unknown on Wednesday, December 29, 2010 | 1:40 AM

Wednesday, December 29, 2010

JAKARTA 29 Dis. - Hampir 100,000 rakyat Indonesia membanjiri Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini seawal pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) untuk memberi sokongan pada skuad Garuda.
Biarpun perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara skuad tuan rumah dan Malaysia hanya akan bermula pukul 7 malam (8 malam waktu Malaysia) namun suasana di sini sehingga pukul 2.30 petang cukup meriah dengan kehadiran segenap lapisan usia peminat fanatik bola sepak negara ini.
Dijangkakan seramai 200,000 warga bandar raya ini akan hadir menjelang pukul 7 malam ini untuk memberi sokongan pada perlawanan yang akan menyaksikan pasukan mana yang akan membawa pulang trofi juara Piala Suzuki AFF musim ini.

comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger