Tuesday, February 1, 2011
SHARIFAH Aini bersama peserta uji bakat untuk program realiti Mentor, semalam.
Populariti, cuaca punca sambutan dingin
PETALING JAYA: Sesi uji bakat terakhir program realiti Mentor bersama Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, di sini, semalam, lengang apabila hanya kira-kira 50 peserta datang mencuba nasib.
Selain populariti Sharifah Aini sebagai biduanita mungkin antara sebab bakat baru risau berdepan dengannya, cuaca kurang baik dengan hujan sejak pagi dikatakan antara faktor menyukarkan orang ramai untuk hadir.
Uji bakat bersama beberapa artis lain sebelum ini berjaya menarik 300 hingga 500 peserta dengan jumlah paling ramai mencecah 900 ketika sesi bersama Afdlin Shauki, pertengahan bulan ini.
Ketika ditemui, penyanyi itu berkata, beliau tidak bimbang dengan sambutan yang agak hambar kerana kebanyakan peserta yang datang adalah berbakat.

home
Home