News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis malaysia. Show all posts

Pelakon Popular Shah Jaszle Di Tangkap Khalwat

Penulis : Unknown on Thursday, May 16, 2013 | 7:34 PM

Thursday, May 16, 2013

Shah Jaszle Bersama Tunang
Berita terbaru mengenai artis popular bernama Shah Jaszle yang ditangkap khalwat semalam dan kini menjadi bualan gossip termasuk di sini. Dan ramai yang sudah mengetahui berita ini tetapi dengan siapakah pasangan beliau ketika ditangkap basah.

Berikut adalah berita tersebut :

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan pelakon filem Azura, Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmi atau yang dikenali sebagai Shah Jaszle ditahan oleh pihak berkuasa itu pada awal pagi ini.

Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, pelakon tersebut ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS di Apartment Taman Sri Subang di sini pada pukul 3.30 pagi.

“Penahanan Shah Jaszle berdasarkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya.

“Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Marzuki berkata, penangkapan tersebut dibuat berdasarkan aduan orang awam kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS semalam.
Jika sebelum ini berita khalwat tersebut agak kabur dan menimbulkan pertanyaan mengenai pelakon popular yang dikatakan :

1.Berumur 25 tahun
2.Sudah bertunang pada bulan Disember 2012
3.Pelakon lelaki Popular
4.Pernah bercinta dengan artis lebih tua daripada dia - Maria
5.Pernah bercinta dengan artis muda - Miera
Shah Jaszle Dan Miera
Shah Jaszle dan Maria


Dan berita semalam seperti berikut :

Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di Shah Alam semalam.
    
Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada jam 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
    
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.
    
"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.
    
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.
    
Sumber- Bernama


Dan biodata Shah Jaszle :

Nama Penuh: Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin
Tarikh  Lahir 30 Julai 1988 (umur 25 )
Asal Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan Aktor, Model Tahun aktif 2008—kini
Drama dan Filem: Asmara, Tari Tirana, Bionik, Azura 2012, Tahajjud Cinta



ZoOM : Memang hangat....Apa komen anda ?
comments | | Read More...

Gambar Wawa Zainal Gadis Daripada Sabah Yang Comel

Penulis : Unknown on Monday, April 22, 2013 | 8:35 AM

Monday, April 22, 2013

Inilah Gambar Wawa Zainal Yang Hot Cute Dan Ayu daripada SAbah.


comments | | Read More...

Penjelasan Nelydia Senrose Mengenai Hubungan Dengan Qi Razali

Penulis : Unknown on Wednesday, February 20, 2013 | 11:46 PM

Wednesday, February 20, 2013

PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose menolak desas-desus terbaharu yang mengaitkannya dan pelakon Qi Razali sedang hangat bercinta.

Sebaliknya, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, berkata dia dan bekas kekasih kepada penyanyi Yuna itu hanya berkawan baik. Mereka mulai rapat kira-kira sebulan yang lalu.
comments | | Read More...

Aidil Zafuan Nafi Akan Berkahwin Dengan Zarema Zainal

PETALING JAYA: Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang juga suami kepada aktres Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan menafikan bakal berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Zarema Zainal seperti didakwa.

Menurut Aidil, dia sememangnya mengenali Zarema sejak bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lagi.

Ujarnya, pada ketika itu abang Zarema merupakan pengurus pasukan untuk kumpulan tersebut dan mengakui dia rapat dengan seluruh ahli keluarga Zarema.

"Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan
comments | | Read More...

Gambar Nabila HUda Bercuti Di Pulau Mabul Sabah

Penulis : Unknown on Monday, February 18, 2013 | 8:15 AM

Monday, February 18, 2013

 Inilah gambar NAbila Huda yang menjadi bualan beberapa hari sebelum ini, dan mungkin beliau dah lali dengan komen dan apa yang orang perkatakan mengenai beliau.

Menurut sumber gambar ini diambil daripada akaun instragram beliau (Nabila)
comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger