News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label Berita Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Berita Rakyat. Show all posts

Panas : Pengundi Hantu Naik AIRASIA Secara FREE

Penulis : Unknown on Thursday, May 2, 2013 | 1:36 AM

Thursday, May 2, 2013

Sekarang ini blogger dan facebookers pakatan pembangkang sedang sibuk mencanang berita panas mengenai penerbangan percuma oleh syarikat penerbangan Airasia.

Dan baru sebentar tadi, terbaca dalam web malaysiakini (Link post) mengenai Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dengan kes membawa masuk pengundi luar.
CEO AIR ASIA - Aireen

Dalam berita tersebut menyebut :

1.16 Penerbangan melibatkan syarikat Airasia dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur
2.Sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi (Minggu ini)
3. Penumpang didakwa warga asing

Note: Datuk Seri Anwar mendakwa beliau mempunyai salinan bukti komunikasi email yang mendakwa pihak tertentu terlibat.

Kerana mempunyai masa terluang akhirnya terjumpa post yang kini semakin merebak bak virus H1N1 di laman siber mengenai isu panas ini.

Post ini sekadar ingin berkongsi dengan anda dan kesahihanya masih belum dapat dipastikan, dan mungkin dalam waktu terdekat akan ada pihak yang menjawap isu panas ini terutamanya daripada Pemimpin Negara kita.





Sumber :

1. Kingofgoblok.blogspot.com
2.Malaysiakini
3.Blogger Pakatan

Post  Blogger Pakatan :

Part 1 - Wujud perundingan awal antara Ceo Air Asia dan PM. dimana Tony Fernandez mengarahkan orang bawahan untuk menyediakan pesawat tambahan di mana operasi ini dinamakan (charter flight for PRU)

Part 2 - [Bukti] Berlakunya suspek mengundi hantu mula turun di LCCT dan bas mengangkut suspek pengundi hantu tersebut ke pelbagai destinasi...

Part 3- Perbicangan diantara Najib dan Air Asia.

Aireen omar telah membuat temu janji bersama PM (Najib) pada 8hb (Isnin) pukul 1pm... (waktu urusan rasmi??)

Apakah yang dibincangkan oleh Aireen bertemu Najib untuk :

1. Mengenalpasti berapa banyak pesawat.
2. Mengenalpasti berapa Pax (Jumlah penumpang)
3. Berapa kos nya.

Pada perjumpaan itu,Kos kepada setiap pax [penumpang] diberi secara PERCUMAtermasuk surcaj, gov tax dan kos bahan api..mengapa semua ini diberikanPERCUMA?


Jawapan Timbalan Perdana Menteri Mengenai Kes ini (Penyebaran berita dan SMS)

PAYA BESAR 2 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai dakwaan kewujudan pengundi dari luar bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan tertentu termasuk Johor hanyalah muslihat pembangkang setelah sedar mereka kini semakin terdesak.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini semua penipuan bagi mempengaruhi penyokong mereka kononnya pakatan pembangkang sudah hampir menang sehinggakan BN memerlukan cara sebegitu untuk menang.

"Mereka tahu BN di hadapan di banyak negeri, dan dalam keadaan tertekan pembangkang menyebar luas SMS kemungkinan penipuan yang akan dilakukan BN.

Namun saya yakin majoriti pengundi tidak akan terpengaruh dengan muslihat seperti itu," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang awam Taman Tas, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
comments | | Read More...

Bantuan Khas Kewangan boleh dituntut mulai esok

Penulis : Unknown on Tuesday, November 30, 2010 | 4:33 AM

Tuesday, November 30, 2010

30/11/2010 6:59pm

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Penerima pencen boleh mengeluarkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 melalui bank mulai esok.
Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini, penerima pencen tidak perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) bagi pengeluaran itu kerana bayaran dikreditkan terus ke akaun bank mereka.
Bagi penerima yang dibayar melalui waran pula, mereka akan menerima waran berkenaan melalui pos dan boleh menunaikannya serta merta.
Semakan boleh dilakukan melalui portal Bahagian Pasca Perkhidmatan di laman web 

Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Kewangan, penerima pencen boleh menghubungi Kamarudin Abd Ghani di talian 03-88854135/4160 atau emel kamarudin.ghani@jpa.gov.my. - Bernama
comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger