News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label Bernama. Show all posts
Showing posts with label Bernama. Show all posts

Wanita Malaysia jadi mangsa ugutan pemburu siber India

Penulis : Unknown on Saturday, January 29, 2011 | 7:33 AM

Saturday, January 29, 2011

NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia tidak menduga hubungan yang terjalin antaranya dengan seorang duda melalui sembang internet mulai November tahun lalu, kini menimbulkan masalah besar hingga memerlukannya mendapatkan bantuan Polis India dan Interpol untuk menyekat pemburu siber berpejabat di Bangalore itu daripada mengganggu kehidupannya.

Masalah timbul apabila wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun dan bekerja dengan sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur itu membuat keputusan memutuskan hubungan mereka setelah mendapati lelaki berkenaan cuba mengawal kehidupannya.Akibat marah dengan keputusan wanita itu, suspek, yang dipercayai bertugas sebagai perunding bebas teknologi maklumat dengan sebuah bank komersial terkemuka India, mula mengugutnya melalui email dan telefon.

"Saya dapat mengesan wujud kecenderungan luar biasa dalam pemikiran dan tindakannya, yang bersifat mengongkong dan terus membuat keputsuan untuk memutuskan hubungan dengannya. Ini menimbulkan kemarahannya.
comments | | Read More...

Juhar Mahiruddin dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah

Penulis : Unknown on Wednesday, December 22, 2010 | 10:06 PM

Wednesday, December 22, 2010

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mengurniakan surat cara pelantikan kepada Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.
Istiadat yang berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger