News Update :
Powered by Blogger.
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Pilihan Raya Singapura

Penulis : Unknown on Tuesday, April 19, 2011 | 9:44 PM

Tuesday, April 19, 2011

SINGAPURA: Presiden Singapura membubarkan Parlimen negara itu sebagai isyarat pilihan raya umum akan diadakan dalam beberapa minggu lagi pada Isnin.
Presiden S.R. Nathan mengumumkan dalam gazet kerajaan bahawa Parlimen dibubarkan dan pilihan raya akan diadakan dalam tempoh tiga bulan.

Meurut Straits Times, 2,311,582 rakyat republik itu layak mengundi tahun ini berbanding 2,158,439 pda 2006 dan 2,036,923 (2001).
Lebih dari seorang bagi setiap empat pengundi berusia antara 21 dan 34 tahun manakala 200,000 orang pertama kali layak mengundi.

comments | | Read More...

Tujuh lanun Somalia direman tujuh hari mulai hari ini

Penulis : Unknown on Monday, January 31, 2011 | 7:47 AM

Monday, January 31, 2011

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Tujuh rakyat Somalia yang diberkas oleh anggota tentera Malaysia ekoran cuba merompak sebuah kapal Malaysia di Teluk Aden pada 20 Januari lepas, ditahan reman tujuh hari sehingga 6 Februari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap ketujuh-tujuh rakyat Somalia itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Noor Firdaus Rosli kira-kira pukul 4 petang tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat sini.

Ketujuh-tujuh lanun itu dibawa keluar dari Pusat Tahanan Sementara terbabit kira-kira pukul 4.30 petang dengan menaiki sebuah bas polis dan diiringi beberapa kenderaan polis dari pusat tersebut.

Kesemua lanun terbabit memakai baju lokap berwarna oren dan digari tangan itu diiringi beberapa pegawai polis yang bertugas sebelum mereka dibawa keluar dari pusat tahanan terbabit.
Difahamkan, mereka dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut. – Bernama
comments | | Read More...

Bahasa di Radio Swasta

Utusan Online
30 Jan 2011
Sitijarum

SALAH satu sebab Siti tak berapa gemar dengan sesetengah radio swasta adalah kerana bahasanya. Bagi Siti bahasanya boleh dikatakan biadap, walaupun bagi orang sekarang, “ala biasalah”.

Kalau orang kata dengar radio boleh menenangkan fikiran, bagi Siti beberapa deejay radio swasta boleh menaikkan darah.

Istilah macam “kau orang” yang disebut bunyinya “korang” saja, lepas itu memekik pendengar dengan “hoi” tak kira lagi yang deejay perempuan mengilai macam zombi, ketawa macam perempuan di lorong.

Masa sekolah dulu, cikgu Siti kata, kalau kita bercakap dengan orang, jangan membahasakan diri orang itu “kau” di depan majlis. Berhubung dengan pendengar adalah dikira rasmi. Tak elok sangatlah kalau memanjang istilah “kau orang”, “aku” dan “hoi” digunakan.

Orang kata, kalau cakap tertib rancangan radio itu “tak hidup”. Siti pun tak faham, adakah nak bagi hidup kita kena membiadapkan diri, guna istilah-istilah kasar dan umpama di pasar ikan Chow Kit? Barangkali kalau membahasakan pendengar sebagai “anda”, rancangan itu sudah jadi basi. Untuk tak nak basi, kenalah gunakan “kau orang”. Tolonglah jangan biadap sangat menggunakan istilah yang kasar dan terkeluar dari tatasusila Melayu.

comments | | Read More...

Yusry KRU bakal pensyarah UiTM??

Dialah pelakon, penyanyi, pengarah filem, pencipta lagu dan dia jugalah penerbit filem kini dia bakal merangkul satu lagi gelaran iaitu PENSYARAH!!! Pergggghh hebat betul Yusry Abdul Halim a.k.a Yusry Kru ni. Baru-baru ni Yusry dapat tawaran daripada pihak UiTM untuk menjadi tenaga pengajar bagi jurusan perfileman. Eh jap jap, kat UiTM ada jurusan perfileman ke? Ada juga ura-ura mengatakan Yusry bukan setakat jadi tenaga pengajar juga malah dia juga akan melanjutkan pelajaran di UiTM juga.


Haaaa...... bukan susah rupanya jadi lecturer ni, Yusry sebenarnya bukan ada kelulusan perfileman pun, tapi disebabkan experience beliau dalam dunia hiburan, dia entitled untuk jadi pensyarah



Info : http://nasilemakartis.blogspot.com/
comments | | Read More...

Wanita Malaysia jadi mangsa ugutan pemburu siber India

Penulis : Unknown on Saturday, January 29, 2011 | 7:33 AM

Saturday, January 29, 2011

NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia tidak menduga hubungan yang terjalin antaranya dengan seorang duda melalui sembang internet mulai November tahun lalu, kini menimbulkan masalah besar hingga memerlukannya mendapatkan bantuan Polis India dan Interpol untuk menyekat pemburu siber berpejabat di Bangalore itu daripada mengganggu kehidupannya.

Masalah timbul apabila wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun dan bekerja dengan sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur itu membuat keputusan memutuskan hubungan mereka setelah mendapati lelaki berkenaan cuba mengawal kehidupannya.Akibat marah dengan keputusan wanita itu, suspek, yang dipercayai bertugas sebagai perunding bebas teknologi maklumat dengan sebuah bank komersial terkemuka India, mula mengugutnya melalui email dan telefon.

"Saya dapat mengesan wujud kecenderungan luar biasa dalam pemikiran dan tindakannya, yang bersifat mengongkong dan terus membuat keputsuan untuk memutuskan hubungan dengannya. Ini menimbulkan kemarahannya.
comments | | Read More...

Cerita Baru

 
Design Template by ZoOM Team | Support by creating website | Powered by Blogger