Saturday, December 4, 2010
Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari Abdullah tidak membuang masa untuk terus menemui rakyat bagi berkempen dan mendekati masalah yang mereka hadapi sejurus selepas selesai penamaan calon pada sebelah pagi semalam.
Bersama-sama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ansari berpeluang beramah mesra dengan rakyat di kawasan Jalan Leila dan Bandar Nam Tung yang menyambut mereka dengan baik sekali.
Turut serta dalam kempen melawat rakyat termasuk Exco Selangor, Elizabeth Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Gan Pei Nei, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Sahamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.
home
Home